Huh!panas sungguh matahari kat luar rumah. tidak dapat dibayangkan bagaimana agaknya jikalau matahari itu berada pada ukuran satu jengakal sahaja daripada kepala kita. Tentunya, sekalian manusia berteriak-teriak,panas.....panas.....panas.....macam tu jugakla hati saya sekarang ni.
Awal tengahari tadi, kawan saya di tagged dalam satu video. Dengan tajuknya "orang tak berhati perut" terus membuka minat saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang ada dalam video tu. Selalunya, saya tengok video yang lawak-lawak atupun video klip artis-artis. Semua tu dah biasa, sampai bosan nak belek.
Tapi, video ni amat menyentuh hati saya!tak sangka dalam zaman yang serba moden macam ni pun, masih ada manusia yang berlaku zalim terhadap binatang kesayangan Rasululullah, iaitu kucing. Tidak sampai hati rasanya nak tengok video tu sampai habis.
Ya ALLAH!!kenapa lah di buat begitu, dipijak-pijak dan dilenyek-lenyek dalam keadaan kucing itu masih bernyawa lagi. Saya pernah jugak mendengar, ada sesetengah orang makan daging kucing. Tapi,tidak sangka pula kucing yang menjadi binatang peliharaan hampir seluruh penduduk dunia ini, masih lagi menjadi kekejaman segelintir masyarakat laknatullah ini!
Dah la pijak kucing tu dengan kasut tumit tinggi!huh!cuba kawan-kawan bayangkan kalau kepala dia pulak yang kena pijak. Tidak menggelupur kah?taubatlah wahai insan. Kelak, dirimu akan dilaknat olah Allah yang maha adil!
p/s : sebenarnya,saya pun tidaklah suka sangat dengan kucing, tapi janganlah sampai buat macam tu. Kalau dia buat dengan anjing pun, panas hati la juga, sebab semua binatang itu kan makhluk Allah juga. So, sayangilah kucing ye...
No comments:
Post a Comment