Wednesday, December 8, 2010

.: kenchana warkah cinta :.

untuk berbicara tentang kehidupan, memang payah
tidak sanggup menelan seribu kepahitan
walaupun ia benar-benar berlaku
walaupun ia penuh dengan onak dan duri
adakalanya
diri terleka dengan kenikmatan sementara dunia
adakalanya
diri begitu alpa
sehingga mengabaikan perintah dan tuntutan ilahi
tetapi
kadangkala
kita juga 
yang menjadi abdi
untuk mengindahkan dunia
hari ini aku berdiri mendongak langit
apa yang aku cari?
bagaimana aku tempuhi?
tidakkah kau sedari?
bukankah ada yang terluka nanti?
aaaahhhhhhh!
aku tidak peduli!
walau apa pun yang terjadi
aku mampu berdiri sendiri
tanpa lelaki di sisi
kerana
fitrahnya aku adalah juara
mengapa harus bersedih
teriakan hanya untuk seorang lelaki yang masih
berjiwa sangsi terhadap kesetiaan
seorang perenouan yang bergelar suri!

No comments:

Post a Comment