ya Allah,
ikhlaskan hati ku dalam bersahabat Ya Allah!
mengapa hati ini seringkali tidak ikhlas untuk memeberi sesuatu yang patut dikongsi?
aku tidak harus begini!
aku masih bersyukur pergolakan emosi yang mendalam ini tidak terbit di bibit-bibit wajah~
karena, jikalau itu terjadi!
pasti aku tidak akan dapat memaafkan diri ini
yang telah mengakibatkan suatu perhubungan menemui noktahnya....
Ya Allah,
tabahkan hatiku dalam melalui liku-liku kehidupan bersamanya!
niat di hati ingin terus menyapa dan menegur dengan cara yang paling halus,
tapi, aku sebagaimana insan biasa
yang mempunyai amarah!
yang mempunyai sifat takabbur!
yang mempunyai sifat hipokrit!
Ya Allah,
sampai bila aku mahu begini?
sampai bila?
setiap kali memikirkan...
hati jadi sakit!
hati jadi marah!
hati jadi remuk!
tolonglah hamba mu ini Ya Allah~
tersepit diantara kawan dan lawan!
bagaimana mungkin aku akan hidup walaupun selama dua semester lagi?
dengan perangai mu yang sungguh menjelekkkan!
selalu menunjukkan muka yang tidak suka aku melihatnya!
selalu malas walaupun kau tahu, engkau akan berkongsi juga!
aku tidak kisah dengan perangai kau yang pemalas!!!
tapi!
yang aku kisah adalah engkau tidak sedar diri!
sudahlah tidak menyumbangkan apa-apa!
tapi!
sumbang tenaga pun jadilah!
Ya Allah,
ampunkan aku sekiranya aku tidak boleh menjadi hamba yang taat kepadamu,
hilangkanlah rasa buruk sangka yang menebal dalam diri ini,
ikhlaskan hatiku dalam membuat segala suruhanmu dan amal kebaikan,
hilangkan perasaan taqabbur dalam diri ku,
tanamkan sifat mahmudah dalam diri ku Ya Allah!
sesungguhnya, yang buruk, datang dari insan kerdil ini yang bernama Ara Mzmn,
yang baik, datang dari mu Ya Allah!
No comments:
Post a Comment