Tuesday, March 15, 2011

Kahwin sorok? nak buat pe?

Jangan salahkan ibu bapa. Jangan salahkan keluarga. Jangan pula salahkan masyarakat sekeliling. Apa guna jika kecanggihan yang dialami dunia masa kini membuatkan kita alpa dan leka dengan membelakangkan keluarga serta sanak saudara? perlukah diikut juga gaya hidup moden yang semakin hari tidak mementingkan norma-norma kehidupan?

Sememangnya diakui dan menjadi sunnah Rasululullah dalam membina mahligai atau kata yang mudahnya mendirikan rumah tangga. Dalam kita membuat keputusan untuk melayari bahtera, seeloknya dan seharusnya meminta pandangan dan persetujuan daripada ibu bapa. Apalah salahnya, jika kita meminta restu ibu dan bapa terlebih dahulu sebelum berkahwin? ada masalahkah? tidak dinafikan, hidup penuh dengan ranjau dan durinya. Tetapi, itu tidak bermakna, kita sama sekali diberi lampu hijau untuk membelakangkan keluarga serta keluarga yang telah menatang kita bagai minyak yang penuh, mengetepikan saudara yang menjadi "kawan dan lawan" semasa suka dan duka. Tergamakkah anda? 

Sejak kebelakangan ini, telah ramai pasangan Melayu Islam yang telah berkahwin, secara sorok-sorok atau lebih mudah, kahwin tanpa pengetahuan keluarga. Mengapa ini terjadi? rata-rata menjawab "macamana nak bagi tahu keluarga, mak dan kakak mesti tak suka dengan pilihan hati saya", "saya tak mahulah, bagi tahu keluarga, mereka tak akan setuju dengan keputusan saya. Ingatlah wahai pemuda dan pemudi sekalian, syurga dibawah telapak kaki seorang ibu dan ingatlah pengorbanan ayahmu.

Luluhlah hati ayah, ibu dan keluarga ketika mendapat tahu bahawa anak mereka telah berkahwin tanpa pengetahuan keluarga. Mereka merasakan bahawa, mereka tiada guna disisi anak yang dibelai dan dimanjai sedari kecil. Mereka merasakan pengorbanan mereka membesarkan anak tadi, hanyalah sia-sia. Apalah guna, kereta besar, rumah mewah yang menjadi kebanggaan kita sedangkan hati masih lagi kotor, jiwa masih lagi tidak bersih.

Kepada si durjana yang membuat perkara sebegitu.. kepada anda, perkara yang dibincangkan saya pada kali ini, bagai tiada kesan apa-apa pada diri. Tetapi, ingatlah bahawa, HUKUM KARMA pasti ada. Saya percaya bahawa tidak ada sesiapa pun yang mampu melawan hukum karma tersebut. Bertaubatlah! minta maaflah kepada keluargamu dan orang sekelilingmu yang telah sakit hatinya KERANAMU! 

A R A M A Z M A N

Wednesday, March 2, 2011

ANDARTU vs ANDALUSIA

Da lama rasanya tak update blog ni. Selalu kalau bukak pun, hanya nak dengar lagu je :) hehe. Jadi, kali ni, Fara nak bincangkan satu tajuk yang sampai sekarang pun tak terhabis-habis lagi, walaupun da buat thesis pasal ni, erm..iaitu 

 A N D A R T U ? acapkali terdengar atau penah dengar atau memang dengar orang-orang tua, ibubapa atau nenek berkata-kata tentang golongan ini. Tetapi masih lagi ada diantara kita yg masih samar-samar atau paling senang, dipanggil "blur" la kan, tentang maksud andartu tu sendiri. Andartu ni sebenarnya, bermaksud anak dara tua. Memandangkan bahasa tu kasar la jugak kan, so, masyarakat telah mengubah gelaran tu menjadi A N D A L U S I A bermaksud anak dara lanjut usia. :) perkataan ini lebih sedap didengar berbanding perkataan lagi satu tu. 

F A K T O R mengapa wanita sekarang ni jadi andartu? kenapa, kenapa & kenapa?  kalau nk ikut survey, sebanyak 30,000 wanita yang bergelar andartu telah dikenal pasti di seluruh Malaysia. Ramai kan? uishh.. takutla pulak. Antara pemasalahannya ialah, kaum wanita pada masa kini mempunyai kerjaya yang tinggi dan semuanya bijak pandai. Mereka terlalu memikirkan kerjaya hingga lupa tanggungjawab kepada diri sendiri. Tetapi, ada sesetengah tu, bukan terlupa, tapi, memang sengaja tak nak berkahwin. Mereka merasakan diri mereka terlalu sempurna dan boleh meneruskan kehidupan walaupun tanpa berpasangan atau bersuami. patutke? tepuk dada, tanya iman anda! :)

Selain itu, ada juga di kalangan mereka ni yang trauma dengan peristiwa yang lepas. Sudah-sudah lah cik kak oii, tak payah nak terkenangkan lagi. okay? tawakkal pada ALLAH. Ada juga wanita yang tak nak berkahwin kerana telah mengalami peristiwa yang pahit dalam hidupnya, sehinggakan dia serik untuk berumah tangga. Ni bahaya! janganlah sampai macam tu. Tak baik kan. Setiap musibah & kejadian tu kan ade hikmahnya. Mungkin Allah nak uji atau nak balas kebaikan atau keburukan yang kita telah buat sedangkan kita terlepas pandang semua tu.

Ada lagi ni. Ha, sebab yang kali ni, mesti korang gelak. Sebabnya, duit hantaran yang tinggi. Sekarang ni, da jadi macam trend pulak, berlumba-lumba nak tengok duit hantaran siapa paling tinggi? anak mak temah ka? anak si joyah ka? amboi.. kemain lagi ye mak-mak zaman sekarang ni. Duit hantaran ni turun naik macam turun naik harga getah, kelapa sawit atau minyak pulak. haishhh.. jaga-jaga ya makcik-makcik sekalian. Silap-silap, duit hantaran kemana, anak anda pun akan jadi andalusia pulak nanti. 

P E N Y E L E S A I A N ? boleh ke nak selesaikan? mesti lah ada, kalau kita semua boleh bersikap toleransi dan bersyukur dengan kurniaan Allah. Antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah, perkahwinan mengikut hukum syarak. Zaman sekarang ni, banyak perkahwinan yang tak ikut syarak, contohnya, kawin lari atau kawin sorok-sorok dari pengetahuan keluarga. Eh. da lari tajuk ya. haha. sori. ha, nak selesaikan, mestilah dengan mengatur perkahwinan mengikut syariat Islam tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

Hadis Nabi SAW : " Hai golongan pemuda, barangsiapa diantara kamu telah sanggup kahwin, maka kahwinlah
kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj "

Kalau ikut syariat, perkahwinan ni terlau mudah dilakukan, hanya ada 5 rukun, antaranya, pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali, saksi serta ijab dan qabul. Senang kan? tak la susah sangat. jadi, pikir-pikirkanlah. Jangan jadikan alasan kerana PERKAHWINAN sememangnya dituntut :D SEKIAN.