Da lama rasanya tak update blog ni. Selalu kalau bukak pun, hanya nak dengar lagu je :) hehe. Jadi, kali ni, Fara nak bincangkan satu tajuk yang sampai sekarang pun tak terhabis-habis lagi, walaupun da buat thesis pasal ni, erm..iaitu
A N D A R T U ? acapkali terdengar atau penah dengar atau memang dengar orang-orang tua, ibubapa atau nenek berkata-kata tentang golongan ini. Tetapi masih lagi ada diantara kita yg masih samar-samar atau paling senang, dipanggil "blur" la kan, tentang maksud andartu tu sendiri. Andartu ni sebenarnya, bermaksud anak dara tua. Memandangkan bahasa tu kasar la jugak kan, so, masyarakat telah mengubah gelaran tu menjadi A N D A L U S I A bermaksud anak dara lanjut usia. :) perkataan ini lebih sedap didengar berbanding perkataan lagi satu tu.
F A K T O R mengapa wanita sekarang ni jadi andartu? kenapa, kenapa & kenapa? kalau nk ikut survey, sebanyak 30,000 wanita yang bergelar andartu telah dikenal pasti di seluruh Malaysia. Ramai kan? uishh.. takutla pulak. Antara pemasalahannya ialah, kaum wanita pada masa kini mempunyai kerjaya yang tinggi dan semuanya bijak pandai. Mereka terlalu memikirkan kerjaya hingga lupa tanggungjawab kepada diri sendiri. Tetapi, ada sesetengah tu, bukan terlupa, tapi, memang sengaja tak nak berkahwin. Mereka merasakan diri mereka terlalu sempurna dan boleh meneruskan kehidupan walaupun tanpa berpasangan atau bersuami. patutke? tepuk dada, tanya iman anda! :)
Selain itu, ada juga di kalangan mereka ni yang trauma dengan peristiwa yang lepas. Sudah-sudah lah cik kak oii, tak payah nak terkenangkan lagi. okay? tawakkal pada ALLAH. Ada juga wanita yang tak nak berkahwin kerana telah mengalami peristiwa yang pahit dalam hidupnya, sehinggakan dia serik untuk berumah tangga. Ni bahaya! janganlah sampai macam tu. Tak baik kan. Setiap musibah & kejadian tu kan ade hikmahnya. Mungkin Allah nak uji atau nak balas kebaikan atau keburukan yang kita telah buat sedangkan kita terlepas pandang semua tu.
Ada lagi ni. Ha, sebab yang kali ni, mesti korang gelak. Sebabnya, duit hantaran yang tinggi. Sekarang ni, da jadi macam trend pulak, berlumba-lumba nak tengok duit hantaran siapa paling tinggi? anak mak temah ka? anak si joyah ka? amboi.. kemain lagi ye mak-mak zaman sekarang ni. Duit hantaran ni turun naik macam turun naik harga getah, kelapa sawit atau minyak pulak. haishhh.. jaga-jaga ya makcik-makcik sekalian. Silap-silap, duit hantaran kemana, anak anda pun akan jadi andalusia pulak nanti.
P E N Y E L E S A I A N ? boleh ke nak selesaikan? mesti lah ada, kalau kita semua boleh bersikap toleransi dan bersyukur dengan kurniaan Allah. Antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah, perkahwinan mengikut hukum syarak. Zaman sekarang ni, banyak perkahwinan yang tak ikut syarak, contohnya, kawin lari atau kawin sorok-sorok dari pengetahuan keluarga. Eh. da lari tajuk ya. haha. sori. ha, nak selesaikan, mestilah dengan mengatur perkahwinan mengikut syariat Islam tanpa menyusahkan mana-mana pihak.
kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj "
Kalau ikut syariat, perkahwinan ni terlau mudah dilakukan, hanya ada 5 rukun, antaranya, pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali, saksi serta ijab dan qabul. Senang kan? tak la susah sangat. jadi, pikir-pikirkanlah. Jangan jadikan alasan kerana PERKAHWINAN sememangnya dituntut :D SEKIAN.
No comments:
Post a Comment