Sememangnya diakui dan menjadi sunnah Rasululullah dalam membina mahligai atau kata yang mudahnya mendirikan rumah tangga. Dalam kita membuat keputusan untuk melayari bahtera, seeloknya dan seharusnya meminta pandangan dan persetujuan daripada ibu bapa. Apalah salahnya, jika kita meminta restu ibu dan bapa terlebih dahulu sebelum berkahwin? ada masalahkah? tidak dinafikan, hidup penuh dengan ranjau dan durinya. Tetapi, itu tidak bermakna, kita sama sekali diberi lampu hijau untuk membelakangkan keluarga serta keluarga yang telah menatang kita bagai minyak yang penuh, mengetepikan saudara yang menjadi "kawan dan lawan" semasa suka dan duka. Tergamakkah anda?
Sejak kebelakangan ini, telah ramai pasangan Melayu Islam yang telah berkahwin, secara sorok-sorok atau lebih mudah, kahwin tanpa pengetahuan keluarga. Mengapa ini terjadi? rata-rata menjawab "macamana nak bagi tahu keluarga, mak dan kakak mesti tak suka dengan pilihan hati saya", "saya tak mahulah, bagi tahu keluarga, mereka tak akan setuju dengan keputusan saya. Ingatlah wahai pemuda dan pemudi sekalian, syurga dibawah telapak kaki seorang ibu dan ingatlah pengorbanan ayahmu.
Luluhlah hati ayah, ibu dan keluarga ketika mendapat tahu bahawa anak mereka telah berkahwin tanpa pengetahuan keluarga. Mereka merasakan bahawa, mereka tiada guna disisi anak yang dibelai dan dimanjai sedari kecil. Mereka merasakan pengorbanan mereka membesarkan anak tadi, hanyalah sia-sia. Apalah guna, kereta besar, rumah mewah yang menjadi kebanggaan kita sedangkan hati masih lagi kotor, jiwa masih lagi tidak bersih.
Kepada si durjana yang membuat perkara sebegitu.. kepada anda, perkara yang dibincangkan saya pada kali ini, bagai tiada kesan apa-apa pada diri. Tetapi, ingatlah bahawa, HUKUM KARMA pasti ada. Saya percaya bahawa tidak ada sesiapa pun yang mampu melawan hukum karma tersebut. Bertaubatlah! minta maaflah kepada keluargamu dan orang sekelilingmu yang telah sakit hatinya KERANAMU!
A R A M A Z M A N
No comments:
Post a Comment